Sunday, 18 January 2015

PERLEMBAGAAN MALAYSIA


PENGENALAN .



  • Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan.
  • Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu.
  • Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain - yang mencorakkan sistem pemerintahan di Malaysia.
 • Perlembagaan Malaysia diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu yang telah digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid.



PERKEMBANGAN DAN PINDAAN PERLEMBAGAAN .





  • Setiap perlembagaan bertulis mengalami perubahan atau boleh dipinda dari semasa ke semasa.Pindaan dibuat kerana sikap, fahaman dan kehendak rakyat telah berubah dan keputusan mahkamah.
  •  Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan pindaan. Namun, masih kekal dengan sifat dalam lingkungan rangka perlembagaan asal yang telah diwujudkan itu. – Contoh, apabila Persekutuan Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia dan tragedi berdarah 13 Mei 1969, berkaitan soal hak asasi serta kesetiaan kepada Raja dan Perlembagaan.
  •  Kebebasan asasi untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan sewengang-wenangnya tanpa kawalan mencetuskan perkara yang tidak diingini. Di kalangan orang bukan Melayu misalnya, telah dengan lantangnya mempersoalkan kedudukan raja-raja, hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Kebangsaan.
  • Akibat daripada tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 itu, Parlimen pada tahun 1967 telah meluluskan akta meminda Perkara 10 Perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
  • Terdapat empat perkara yang dilarang bagi perbincangan umum, iaitu perkara-perkara yang dianggap sensitif, seperti soal kewarganegaraan, kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
  • Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui empat cara, iaitu : 
  • (i) Dengan mendapat sokongan majoriti biasa.
  • (ii) Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa dalam bacaan kedua dan ketiga dikedua-dua majlis dewan.
  • (iii) Mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua majlis Parlimen serta persetujuan Majlis Raja-raja.
  • (iv) Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua majlis Parlimen serta mendapat persetujuan Yang Dipertuan negeri Sabah atau Sarawak (iaitu bagi pindaan berkaitan dengan negeri-negeri tersebut.) (lihat perbincangan dalam Bab 7, federalisme di Malaysia, Shaikh Mohd Noor Alam Bin S.M.,Hussain, KL: DBP, 1988).




TUJUAN PERLEMBAGAAN .








  •  Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara Dengan adanya perlembagaan negara, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang diamalkan dan dihormati bersama untuk memastikan kewujudan sebuah negara yang berdaulat.
  • Sebagai Rujukan Dengan adanya perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, pihak-pihak yang bertentangan antara satu sama lain.
  •  Mewujudkan Kestabilan Negara Walaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda, namun ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ia mestilah berdasarkan perlembagaan juga. Jika pindaan boleh dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin-pemimpin (penggubal), pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat.
  • Mengawal Perjalanan Kerajaan Tindak-tanduk pemimpin mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang telah dicatatkan, bukan bertindak mengikut sesuka hati. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agar pihak pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna kuasa yang diperuntukkan kepada mereka.
  •  Mengekalkan Keamanan Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku selepas proses pilihan raya tidak akan menyebabkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak pemerintahan. Walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar daripada maksud berusaha memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.
  • Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah Negara Dengan adanya perlembagaan, rakyat mendapat jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada unsur-unsur diskriminasi di kalangan mereka. Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan antara rakyat dengan pemerintah serta badan perundangan telah memisahkan antara satu sama lain daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa. Tidak ada pihak mendapat keistimewaan dari segi undang-undang, sebaliknya semua orang harus menghormati dan mematuhi perlembagaan negara.




JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN .









  • Perlembagaan terdiri daripada beberapa jenis1. Perlembagaan Panjang dan Pendek Perlembagaan yang diamalkan oleh sesebuah negara dengan negara lain tidak sama. Panjang atau pendek sebuah perlembagaan itu bergantung kepada berapa banyak perkara yang terkandung di dalam perlembagaan tersebut. Contoh Perlembagaan India sangat panjang, manakala Perlembagaan negara Amerika Syarikat adalah pendek di mana terdapat hanya tujuh perkara sahaja. Sementara di Malaysia pula perlembagaannya sederhana panjang, mengandungi 183 perkara.2
  • Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang terdapat dalam bentuk dokumen yang nyata, seperti Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan tidak bertulis merupakan peruntukan yang berselerak dalam akta-akta yang lain tetapi tidak dikodkan. Perlembagaan jenis ini terdapat di United Kingdom. Dalam amalannya perlembagaan tidak bertulis menjadikan parlimen mempunyai kuasa yang sangat tinggi sebagaimana yang wujud di United Kingdom. Sementara di Malaysia yang mengamalkan perlembagaan bertulis, kedudukan parlimen tertakluk kepada perlembagaan kerana dari segi statusnya perlembagaan adalah yang tertinggi.
  • Perlembagaan Berparlimen dan Perlembagaan Berpresiden Dalam sistem perlembagaan berparlimen ia mempunyai hubungan antara institusi perundangan dan institusi pemerintahan yang begitu rapat sekali. Dalam sistem perlembagaan berpresiden, pengasingan kuasa agak jelas seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat dan Filipina.
  •  Perlembagaan Ketat (rigid) dan Perlembagaan Longgar (flexible) Ketat (rigid) atau longgar (flexible) sesuatu perlembagaan dilihat kepada keadaan bagaimana perlembagaan itu boleh dipinda. Perlembagaan itu dianggap sebagai ketat sekiranya sukar dipinda kerana memerlukan majoriti sokongan yang sangat tinggi. Sebaliknya perlembagaan itu dianggap longgar sekiranya ia boleh dipinda dengan hanya memerlukan majoriti kecil sahaja. (simple majoriti).
  •  Perlembagaan Bersekutu dan Perlembagaan Tidak Bersekutu Dalam perlembagaan bersekutu, kuasa pemerintahannya dibuat dengan cara pengagihan kuasa. Perlembagaan dengan jelasnya membahagikan kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri. Umpamanya di Malaysia, kuasa itu diperuntukkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Lazimnya kuasa kepada persekutuan lebih banyak berbanding dengan kuasa yang dimiliki oleh negeri.




CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA .







  • Terdapat beberapa ciri perlembagaan, iaitu 
  • (i) Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang bertulis yang dikanunkan dalam sebuah buku. Hal/keadaan ini berlainan daripada perlembagaan United Kingdom yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis.
  • (ii) Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual. Perkara adalah untuk mentakrifkan hak dan kewajipan pemerintah atau warga negara secara kasar. Manakala Jadual pula berfungsi menerangkan secara terperinci mengenai sesuatu perkara itu.
  • (iii)Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja berasaskan demokrasi berparlimen di mana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan.
  • (iv)Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Pindaan yang hendak dibuat tidak sama dengan pindaan akta-akta lain yang diluluskan oleh Parlimen. Perkara 159 memperuntukkan bahawa beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • (v) Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang utama dan tertinggi. Ia memperuntukkan bahawa Perlembagaan adalah undang-undang yang berlawanan dengannya hendaklah terbatal dengan sendirinya.
  • (vi)Dalam perlembagaan Malaysia terdapat idea pengasingan kuasa sebagaimana doktrin itu diamalkan di England. Pembahagian itu dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang berlainan dalam sistem pemerintahan negara, iaitu kuasa menggubal undang- undang, pemerintah dan kuasa kehakiman.
  • (vii)Selain menentukan tanggungjawab Persekutuan dan mengatur perhubungan antara Persekutuan dan Negeri, perlembagaan Malaysia juga menentukan kuasa-kuasa perundangan dan kuasa-kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri melalui tiga senarai yang dipanggil Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
  • (viii)Perlembagaan turut memperuntukkan kebebasan asasi. Bahagian-bahagian dalam perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan asasi individu adalah bahagian yang mustahak dalam perlembagaan Malaysia bertujuan menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari segi undang-undang. Peruntukan ini merupakan salah satu ciri perlembagaan bertulis iaitu menjelaskan dengan nyata mengenai jaminan perlindungan yang diberikan kepada setiap warganegara dan orang-orang lain dalam negara itu.




No comments:

Post a Comment